Seremban, 25 Oktober 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah hadir menyantuni dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Pemantapan SKUAD Antidadah Dan Santun Kasih Warga Rumah Seri Kenangan Seremban Tahun 2026. Program anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat Dan Pelancongan MBS bersama SKUAD Antidadah Daerah Seremban dan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Seremban ini telah berlangsung mulai 23 Oktober 2026 hingga 25 Oktober 2026 iaitu 2 hari 1 malam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu dan 2 hari 1 malam di Rumah Seri Kenangan Seremban. Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Pembangunan Masyarakat Dan Pelancongan MBS turut berkesempatan menyantuni para peserta pada hari kedua. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa / mahasiswi di 2 institusi perguruan dan pelajar tingkatan 6 daripada 4 sekolah menengah sekitar Seremban telah terpilih untuk menghadiri program ini. Program ini mampu melatih sukarelawan untuk bergerak seiring dengan para pemimpin dan agensi kerajaan bagi merancang serta melaksanakan aktiviti bersama warga emas yang lebih inklusif seterusnya menjadi nadi utama dalam menggerakkan kesedaran sivik dari peringkat akar umbi. Turut hadir ke sesi perasmian Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Puan Norzulaika binti Mansor, Penolong Pengarah, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan, Encik Airul Anwar bin Abdul Aziz, Timbalan Pegawai Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Daerah Seremban, Puan Salwah binti Saleh, Penguasa Rumah Seri Kenangan Seremban dan Encik Mohd Khairul Annuar bin Asharruddin, Pengerusi SKUAD Antidadah Daerah Seremban. Semoga pelaksanaan program murni ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |











