Seremban, 15 Julai 2026 - YBhg. Dato' Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan daripada penduduk Taman Senawang Perdana 2 di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Kunjungan yang diketuai oleh En. Muhammad Khairul Azhar bin Kamaludin, Pengerusi Persatuan Muafakat Penduduk Taman Bukit Senawang Perdana 2 telah membangkitkan beberapa isu dan permasalahan berbangkit berkaitan isu gated & guarded. Bagi meredakan kemelut ini, satu perjanjian telah dimeterai antara MBS dan pihak persatuan penduduk. Diharap dengan syarat-syarat yang telah dipersetujui ini dapat menyelesaikan isu antara pihak persatuan dan penduduk di Taman Bukit Senawang Perdana 2. Turut hadir semasa perjumpaan ini diadakan ialah Tn.Ir.Ts.Br.Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS, TPr.Haji Nazri bin A.Ghani Pengarah Perancangan Pembangunan MBS, wakil daripada Jabatan Kawalan Bangunan MBS dan Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |







