Seremban, 7 Februari 2026 - YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah hadir ke Program Pembersihan Persekitaran Pasar Ampangan dan Bandar Baru Ampangan Majlis Bandaraya Seremban pada 7 Februari 2026 di Kawasan Tempat Letak Kenderaan Pasar Ampangan petang tadi. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai usaha kolektif untuk memelihara kebersihan, kesihatan dan kualiti persekitaran di kawasan pasar dan premis perniagaan yang menjadi nadi ekonomi serta sumber rezeki kepada para peniaga. Persekitaran yang bersih, teratur dan selamat bukan sahaja memberi keselesaan kepada para peniaga, malah mampu meningkatkan keyakinan pengunjung serta menyumbang kepada imej bandar yang lebih positif dan berdaya huni. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Hajah Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ampangan dan mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP), Pengurusan UTC Ampangan dan SWM Environment. Turut hadir semasa program berlangsung ialah En. Abdul Malek bin Adam dan En. Roslan bin Abd Aziz, Ahli Majlis MBS, Tn.Ir.Ts.Br.Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS. Majlis Bandaraya Seremban sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif yang menjurus kepada pembentukan bandar yang bersih, sihat dan lestari. Program seperti ini diharapkan dapat menyemai budaya kebersihan, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh rasa tanggungjawab terhadap persekitaran yang bersih sebagai sumber mencari rezeki dan membina kehidupan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |













