1) Sesi Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Malaysian Institute Of Planners (MIP)
2) Pelancaran Laporan Tindakan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon Seremban 2.0 (SSLCC 2.0)

Seremban, 03 Februari 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan satu sesi Townhall Perancangan Bandar dan Soft Launch Seminar Perancangan 2026 Peringkat Majlis Bandaraya Seremban. Program Townhall ini adalah merupakan Sesi Libat Urus Awal Kerjasama Strategik antara pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama Malaysian Institute Of Planners (MIP) untuk mempromosikan serta mengukuhkan inisiatif pembangunan profesional dan perkongsian ilmu berkaitan perancangan bandar dan pembangunan mampan di Seremban. Kerjasama ini akan menggalakkan penerokaan bidang kolaborasi lain bagi mempertingkatkan kesedaran serta membina kapasiti perancangan bandar yang menyumbang kepada bandar yang lebih berdaya huni di Seremban. Selain itu, kerjasama strategik ini seiring dengan tujuan Majlis Bandaraya Seremban untuk mengadakan Seminar Perancangan Bandar Tahun 2026 yang akan diadakan di Seremban pada bulan Ogos nanti. Kerjasama Strategik ini telah berlangsung dengan Sesi Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) oleh  YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban dan TPr. Hajah Mazrina binti Dato’ Abdul Khalid, Presiden Malaysian Institute Of Planners (MIP). Dalam pada itu,  satu sesi perkongsian ilmu berkaitan Kecerdasan Pembuatan (AI) Dalam Pengurusan Bandar telah disampaikan oleh TPr. Dr. Muhammad Hakimi bin Mohd Hussain, Timbalan Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Sementara itu, YBhg. Datuk Bandar MBS juga telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon Seremban 2.0 (SSLCC 2.0). Penambahbaikan terhadap SSLCC 2.0 ini mencerminkan komitmen berterusan pihak Majlis Bandaraya Seremban dalam memastikan pelaksanaan inisiatif bandar pintar dan rendah karbon sentiasa relevan, progresif serta selari dengan keperluan semasa. Beliau turut merasmikan Program Townhall Perancangan Bandar Dan Soft Launch Seminar Perancangan 2026 Peringkat Majlis Bandaraya Seremban yang turut dihadiri oleh TPr. Abdul Hamid bin Akub, Naib Presiden MIP, barisan Ahli Majlis, TPr. Haji Nazri bin A. Ghani, Pengarah Perancangan Pembangunan MBS, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban, pemaju-pemaju, pemain industri dan perunding.