Seremban, 14 Mei 2026 – Seramai 130 orang peserta terdiri daripada wakil badan pengurusan, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi kerajaan dan swasta, pemaju, dan pemain industri telah menyertai Seminar Pembangunan dan Pengurusan Strata anjuran Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Majlis Bandaraya Seremban. Penganjuran seminar ini merupakan usaha berterusan dan komitmen pihak MBS melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) bagi memberikan pendedahan dan pemahaman kepada semua golongan khususnya yang terlibat secara langsung dalam pembangunan, pengurusan dan penyenggaraan pemajuan berstrata. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir.Ts.Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang mewakil YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Turut hadir bersama-sama adalah Ahli-Ahli Majlis MBS dan Ketua Jabatan serta Ketua Unit MBS. Topik seminar pada kali ini telah disampaikan oleh panel penceramah berpengalaman iaitu Sr Kamarol Azmil bin Adzhan, Ketua Penolong Pengarah Ukur, JUPEM (Cadangan Pembangunan Bercampur ke Arah Pengurusan Subsidiari ), Encik Muhamad Syazwan bin Zolazri, Pegawai Penilaian, COB DBKL (Sub-MC: Evolusi Pengurusan Strata) , Puan Kalai Vani Annadorai, Pegawai Undang-Undang, Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (Isu dan Cabaran Pemfailan Tribunal Pengurusan Strata) serta Encik Ng Kok Ann (Penggunaan e-Invocing dalam Pengurusan Bangunan Strata). Majlis Bandaraya Seremban mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua peserta seminar yang hadir menjayakan Seminar Pembangunan dan Pengurusan Strata 2026.