Seremban, 10 Julai 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan daripada delegasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM bagi sesi libat urus dan pembentangan penambahbaikan tatakelola pengurusan penyewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Sesi ini bertujuan membincangkan cadangan penambahbaikan amalan, sistem dan tatacara kerja pengurusan penyewaan PPR, khususnya melibatkan aspek pemantauan, penguatkuasaan serta kutipan bayaran sewa agar dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan berkesan. Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Bandar menegaskan komitmen MBS untuk terus memperkukuh tadbir urus, integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan perumahan awam melalui pelbagai inisiatif yang mampu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan serta memastikan kebajikan golongan yang benar-benar memerlukan sentiasa diberi perhatian. MBS merakamkan penghargaan kepada pihak SPRM atas kerjasama, pandangan dan syor yang dikemukakan. Segala cadangan yang dibentangkan akan diteliti dan dijadikan panduan dalam usaha penambahbaikan berterusan ke arah memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berintegriti, cekap dan berorientasikan kepentingan rakyat.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |













