Seremban, 18 Jun 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Writ dan Taklimat Pasukan Pegawai Pengurus sempena persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sembilan (PRU DUN) Ke-16 yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ballroom III, Hotel Royale Chulan Seremban. Simbolik Penyerahan Writ telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya. Program ini turut menampilkan taklimat yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Hasanul Isyraf bin Naim, Pengarah Akademi Pilihan Raya, bagi memberi penerangan berkaitan peranan, tanggungjawab serta tatacara pengurusan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus yang dilantik. Semoga segala persiapan yang dilaksanakan dapat memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar, teratur dan berintegriti demi memperkukuhkan amalan demokrasi di Negeri Sembilan.