Seremban, 17 Julai 2026 – Pasukan Pegawai Pengurus Parlimen P.128 Seremban telah mengadakan Simulasi Hari Penamaan Calon (HPC) bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan 2026 sebagai persediaan menghadapi Hari Penamaan Calon sebenar di Wisma MBS. Simulasi ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan petugas serta memastikan setiap proses penamaan calon dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Pelaksanaan simulasi melibatkan proses ketibaan calon, semakan dokumen, penyerahan kertas penamaan calon serta penyelarasan operasi antara pelbagai agensi yang terlibat bagi memastikan kelancaran keseluruhan proses. Turut hadir menyaksikan simulasi tersebut ialah YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, bersama pegawai-pegawai kanan SPR, wakil agensi keselamatan serta jabatan-jabatan yang terlibat.