Townhall Program Bandar Selamat-Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot 2025 Bersama Komuniti Setempat
Nilai, 13 Oktober 2025 - Sesi Townhall Program Bandar Selamat-Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot 2025 Bersama Komuniti Setempat telah diadakan di Dewan Pekan Nilai dengan jemputan seramai 95 orang termasuk agensi teknikal kerajaan dan swasta serta komuniti setempat. Tujuan Program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan sesi perkongsian tentang Program Bandar Selamat dimana salah satu cadangan Program Sosial yang dikhususkan dikawasan Cadangan Pemutihan Kawasan Blackspot bagi tahun 2025 iaitu di kawasan sekitar Pekan Nilai, Taman Ros Merah dan Taman Nilai. Sesi townhall ini juga merangkumi perkongsian dan taklimat daripada pihak PLANMalaysia berkenaan Elemen Bandar Selamat dan wakil dari IPD Nilai mengenai Jenayah Siber (Phone Scam). Majlis Bandaraya Seremban telah menerima peruntukan Program Pemutihan Kawasan Blackspot dari Kementerian Dalam Negeri (KDN)HQ yang bernilai sebanyak RM 500,000.00 di sekitar Pekan Nilai, Taman Ros Merah dan Taman Nilai bagi tahun 2025 ini. Peruntukan ini adalah merangkumi beberapa projek naiktaraf seperti:
I. Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan Hotspot sebanyak 7 unit di lokasi : Jalan Menghala Sungai Dan Lorong Belakang, berhadapan kedai Farmasi Big, Petron Pekan Nilai, Berhadapan Econsave Nilai , Stesen KTMB Nilai, Klinik Kesihatan Nilai dan Lampu Isyarat Persiaran Nilai Perdana.
II. Pembinaan Laluan Pejalan Kaki beserta pemasangan Rel Penghadang di sekitar Sekolah SJKC Kuo Min Nilai.
III. Pemasangan Papan Tanda Keselamatan dan Peringatan Jenayah sebanyak 9 unit.
IV. Pemasangan 1 unit Tiang Lampu Jalan (Highmast) bagi pencahayaan khususnya pada waktu malam.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS, Ahli-Ahli Majlis MBS, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal Bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS serta Ketua-Ketua Jabatan MBS. MBS komited dalam usaha menjadikan bandaraya ini menjadi lebih selamat dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat sejajar dengan Moto MBS iaitu Mampan,Bersih Dan Sejahtera.