Untuk makluman semua warga bandaraya, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran bandar yang teratur, bersih dan selamat untuk semua. Sehubungan itu, orang ramai khususnya peniaga dan pemilik premis diingatkan supaya sentiasa mematuhi syarat lesen dan peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan sitaan diambil terhadap barangan.

⚠️ PERINGATAN PENTING:
1️⃣ Elakkan daripada melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan barangan anda disita.
2️⃣ Sekiranya barangan telah disita, sila hadir segera ke pejabat berkaitan untuk membuat tuntutan.
3️⃣ Barangan yang tidak dituntut akan dikenakan caj simpanan tambahan bagi setiap hari berada dalam stor simpanan MBS.

Semakin lama barangan berada dalam simpanan, semakin tinggi caj yang perlu dijelaskan. MBS menyeru kerjasama semua pihak agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan dan keharmonian bandaraya kita bersama. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seremban ditalian 06-7654333/06-7989000.
Bersama kita wujudkan bandaraya yang lebih teratur, bersih dan sejahtera.