Majlis Bandaraya Seremban (MBS) amat mengalu-alukan penglibatan Persatuan Penduduk, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta komuniti setempat untuk menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan masing-masing. Bersama-sama kita mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes. Insentif Sumbangan RM300 disediakan kepada penganjur selepas aktiviti gotong-royong selesai dilaksanakan, tertakluk kepada syarat dan prosedur yang ditetapkan.
Prosedur Permohonan:
Langkah 1: Borang A (Permohonan Bantuan Gotong-Royong)
• Borang A hendaklah dikemukakan kepada MBS sekurang-kurangnya 14 hari sebelum aktiviti gotong-royong dilaksanakan.
• Permohonan ini adalah bagi tujuan penyediaan bantuan seperti logistik, kontena, jentera dan lain-lain (tertakluk kepada kelulusan).
Langkah 2: Borang B (Permohonan Sumbangan)
• Selepas aktiviti gotong-royong selesai dilaksanakan, Borang B hendaklah dikemukakan kepada MBS dalam tempoh 30 hari.
• Permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi tujuan pemprosesan sumbangan.
Tarikh tutup permohonan: 30 November 2026
Imbas kod QR pada poster atau layari www.mbs.gov.my untuk memuat turun Borang A dan Borang B.
Sebarang pertanyaan:
Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban
06-765 4246 / 4298
jabkesihatanpersekitaranmbs@gmail.com
Ayuh berganding bahu menjadikan Seremban lebih bersih, sihat dan sejahtera melalui amalan gotong-royong!