Pemohon boleh rujuk Portal MBS bagi mengetahui kadar caj sewaan terkini. Untuk makluman, kadar sewaan dewan-dewan di Zon Seremban dan Zon Nilai adalah berbeza. Dewan-dewan Zon Seremban hanya menawarkan harga sewaan mengikut setiap penggunaan (lump sum) manakala dewan-dewan Zon Nilai pula menawarkan harga sewaan mengikut jam.