Jabatan/Unit
Setiap petak diberi nilai syer yang selalunya mengikut jumlah keluasan lantai petak serta tertakluk kepada pemberat yang dinyatakan di bawah Akta 757 atau Akta Hakmilik Strata 1985. Unit syer ini penting kerana ia merupakan penentu kepada:
- Hak mengundi pemilik petak;
- Hak ke atas keuntungan daripada jualan tanah sekiranya berlaku penamatan pecah bahagian bangunan; dan
- Jumlah caruman caj penyenggaraan yang perlu dibayar.