Apakah itu Perbadanan Pengurusan (MC)?

Perbadanan Pengurusan atau Management Corporation (MC) merupakan pemilik harta bersama dan sebagai penjaga (custodian) dokumen hak milik keluaran bagi tanah di mana skim strata tersebut didirikan. Perbadanan Pengurusan adalah sebuah badan yang boleh mendakwa dan didakwa. Ia wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. Ia mempunyai hak turun-temurun (perpetual succession).

Apakah undang-undang kecil?

Pemaju atau JMB dikehendaki mengadakan,menyenggara dan menguatkuasakan undang-undang kecil. Ia merupakan peraturan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh semua penghuni dan ia boleh dikemaskini atau diubahsuai dari semasa ke semasa. Peraturan ini merangkumi semua aspek termasuk keselamatan, kebersihan, penjagaan harta bersama, peraturan meletak kenderaan, pelawat dan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pembeli atau penghuni petak.

Apakah kumpulan wang caruman (sinking fund)?

Kumpulan wang caruman (Sinking Fund) adalah sebagai wang kecemasan di mana wang tersebut digunakan khas untuk pembaikan dan penggantian baru utiliti, pembelian premium kebakaran untuk keseluruhan apartment, mengecat keseluruhan bangunan bagi mengekalkan kualiti dan lain-lain. Pembayaran ‘sinking fund’ adalah sebanyak 10 peratus daripada bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak pengurusan, bermula pada tarikh pemilikan kosong (vacant possession).

Siapakah Pesuruhjaya Bangunan?

Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah diwujudkan pada 12 April 2007 selaras dengan kuatkuasa Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) [telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) bermula 1 Jun 2015]. Unit COB berperanan sebagai pelaksana dan pengawalseliaan perundangan berhubung pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama berstrata di kawasan Majlis Bandaraya Seremban.

Apakah kuasa Perbadanan Pengurusan?

  1. Mengenakan caruman ke atas pemilik petak mengikut kadar yang ditetapkan mengikut unit syer petak masing-masing;
  2. Membeli, menyewa atau memperoleh harta alih untuk kegunaan berhubung dengan harta bersama;
  3. Meminjam wang yang diperlukan dalam menjalankan kuasa-kuasanya atau melaksanakan tugas-tugasnya dan membayar balik pinjaman serta faedah yang dikenakan;
  4. Mengambil tindakan ke atas pemilik petak sekiranya pemilik petak gagal mematuhi arahan da

Apakah Badan Pengurusan Bersama (JMB)?

JMB berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelenggara bangunan dan harta bersama. Selain itu, JMB berperanan untuk menginsuranskan bangunan dan membuat tuntutan pampasan bila diperlukan. Adalah menjadi kewajipan pihak JMB menentukan kadar caj penyelenggaraan dan caruman kepada kumpulan wang penjelas (sinking fund) dan menyimpannya di dalam akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas untuk diaudit. Bilangan anggota JMB terdiri daripada pemaju dan 3-14 orang pembeli petak.