Jabatan/Unit
Penyerahan milikan kosong (VP) sehingga selepas hakmilik strata dikeluarkan, bangunan dan harta bersama akan diurus dan disenggarakan oleh tiga entiti pengurusan yang berbeza.
- Bagi tempoh permulaan iaitu di antara VP sehingga JMB ditubuhkan (12 bulan selepas VP dikeluarkan) pihak yang bertanggungjawab untuk mengurus ialah pemaju.
- Selepas mesyuarat pertama dipanggil oleh pemaju dan JMB ditubuhkan, pengurusan akan diambil alih oleh JMB tersebut yang terdiri daripada pemaju dan pemunya petak. Dalam masa yang sama semasa pengurusan oleh pemaju dan JMB berlangsung, permohonan hakmilik strata sedang diproses di Pejabat Tanah.
- Apabila sahaja hakmilik strata dikeluarkan dan didaftarkan, MC akan wujud secara automatic dan JMB akan terbubar.