JMB berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelenggara bangunan dan harta bersama. Selain itu, JMB berperanan untuk menginsuranskan bangunan dan membuat tuntutan pampasan bila diperlukan. Adalah menjadi kewajipan pihak JMB menentukan kadar caj penyelenggaraan dan caruman kepada kumpulan wang penjelas (sinking fund) dan menyimpannya di dalam akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas untuk diaudit. Bilangan anggota JMB terdiri daripada pemaju dan 3-14 orang pembeli petak. Semua anggota JMB boleh memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun bagi jawatan pengerusi, setiausaha dan bendahari manakala bagi jawatankusa pengurusan adalah tidak melebihi tiga tempoh berturut-turut. Jawatankuasa pengurusan juga hendaklah dilantik di dalam AGM pada setiap tahun.