Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah diwujudkan pada 12 April 2007 selaras dengan kuatkuasa Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) [telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) bermula 1 Jun 2015]. Unit COB berperanan sebagai pelaksana dan pengawalseliaan perundangan berhubung pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama berstrata di kawasan Majlis Bandaraya Seremban. Disamping itu, Unit ini turut memainkan peranan dari aspek kelestarian yang melibatkan kesejahteraan dan keharmonian diantara pihak pemaju, pembeli dan pemilik di kawasan pemajuan bertingkat (berstrata).