Jabatan/Unit
Pemaju, JMB atau MC perlu membuka dan menyenggara dua jenis akaun dan semua bayaran perkhidmatan oleh pembeli dan pemilik perlu dimasukkan ke dalam akaun ini. Akaun tersebut adalah seperti berikut:
- Akaun penyenggaraan
Akaun ini bertujuan membiayai perbelanjaan pentadbiran dalam menyempurnakan tugas mengawal, mengurus dan mentadbir harta bersama seperti membayar cukai, kadar dan premium insurans dan apa-apa obligasi lain yang perlu. Di bawah MC, kumpulan wang pengurusan boleh juga digunakan untuk pelaburan tetapi perlu diluluskan dalam mesyuarat agung; dan - Akaun kumpulan wang penjelas atau sinking fund
Akaun ini pula bertujuan untuk membiayai penyenggaraan harta bersama yang memerlukan perbelanjaan yang besar seperti mengecat mana-mana bahagian daripada harta bersama, memperoleh apa-apa harta alih bagi kegunaan bersama atau membuat pembaharuan atau penggantian kepada lekapan (fixture) atau lengkapan (fitting).
Semua akaun ini hendaklah diaudit setahun sekali oleh juruaudit profesional.