Jabatan/Unit
Selain menyumbangkan bayaran perkhidmatan atau caj atau caruman dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa, pemilik atau penghuni juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang kecil iaitu seperti yang berikut:
- Membenarkan perbadanan dan ejen-ejennya pada setiap masa yang munasabah dan dengan notis yang secukupnya (kecuali dalam hal kecemasan di mana tiada notis dikehendaki) untuk masuk ke dalam petaknya bagi maksud:
- memeriksa petak itu;
- menyenggara, membaiki atau membaharui paip, wayar, kabel dan saluran;
- menyenggara, membaiki dan membaharui harta bersama; dan
- melaksanakan apa-apa kerja atau melakukan apa-apa perbuatan yang perlu.
- Dengan segera menjalankan segala kerja yang diperintahkan oleh mana-mana pihak berkuasa awam berkenaan dengan petaknya
- Membaiki dan menyenggarakan petaknya;
- Tidak menggunakan dan membenarkan petaknya digunakan dengan sedemikian cara yang boleh menyebabkan berlakunya kacau ganggu atau bahaya kepada mana-mana pemilik lain atau keluarga pemilik itu;
- Tidak menggunakan petaknya dengan secara yang bertentangan dengan syarat-syarat penggunaan petak;
- Memberitahu perbadanan dengan serta merta mengenai apa-apa pertukaran yang dicadangkan tentang pemilikan petaknya atau mengenai apa-apa urus niaga lain berhubungan dengan petak; dan
- Menggunakan dan menikmati harta bersama dengan sedemikian cara yang tidak mengganggu dengan tak munasabahnya penggunaan dan penikmatan harta bersama itu oleh pemilik lain atau oleh keluarga atau pelawat mereka.