Jabatan/Unit
Undang-undang kecil menyenaraikan dengan jelas larangan terhadap pemilik petak iaitu:
- menggunakan petaknya bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang yang boleh merosakkan nama baik bangunan itu;
- menggunakan bahan api atau apa-apa bahan atau material yang boleh mendatangkan asap atau wasap (fumes) atau bau yang buruk;
- membuang atau membenarkan jatuh, apa-apa kotoran atau sampah atas harta bersama kecuali ke dalam tong-tong sampah yang disenggarakan oleh pemilik atau dalam pelongsor sampah yang diperuntukkan dalam bangunan itu; atau
- memelihara apa-apa binatang dalam petaknya atau atas harta bersama yang boleh menyebabkan kegusaran kepada mana-mana pemilik lain.