Apakah petak aksesori?
Petak aksesori digunakan secara berhubungan dengan petak dan digunakan secara eksklusif oleh pembeli/pemilik petak. Petak aksesori juga tidak boleh dijual secara berasingan. Contoh : petak parkir
Petak aksesori digunakan secara berhubungan dengan petak dan digunakan secara eksklusif oleh pembeli/pemilik petak. Petak aksesori juga tidak boleh dijual secara berasingan. Contoh : petak parkir
Petak merupakan unit individu dalam sesebuah skim strata. Petak tanah pula merupakan unit individu lot tanah yang mempunyai bangunan tidak melebihi 4 tingkat dalam sesebuah skim strata.
Pengurusan strata merupakan pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata dan harta bersama di dalam suatu skim strata.
Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, kondominium, townhouse, rumah kedai, pejabat, SOHO, kompleks perniagaan dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.
Pemaju, JMB atau MC perlu membuka dan menyenggara dua jenis akaun dan semua bayaran perkhidmatan oleh pembeli dan pemilik perlu dimasukkan ke dalam akaun ini. Akaun tersebut adalah seperti berikut: