Seremban, 5 Mac 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah menerima kunjungan daripada Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mengadakan sumbangan Pek Sambal Garing sempena Program BSN Care di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Sesi ini turut dihadiri Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Puan Anizahaton binti Kamaludin, Pengarah Kewangan MBS serta pihak BSN Care. MBS mengucapkan terima kasih kepada pihak BSN Seremban di atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan kepada warga MBS.