Gambar sekitar Majlis Perasmian Penutup bagi Kursus Latihan Teori & Praktikal Berkaitan Warden Lalulintas Majlis Bandaraya Seremban Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh YBrs PPj Mohd Hisham bin Hj. Izhar, Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Khamis, 22 Januari 2026 bertempat di Auditorium Menara Penguatkuasa DBKL, Bandar Tun Razak. Hadir sama di majlis perasmian penutup kursus, YBrs. Tuan Hanizam bin Ahmad, Pengarah Jabatan Undang - Undang dan Penguatkuasaan MBS bersama pegawai-pegawai kanan MBS. Tujuan dan objektif kursus diadakan bagi memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan peranan, fungsi serta tanggungjawab Warden Lalu Lintas dalam membantu kelancaran aliran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya. Ia juga untuk memantapkan kemahiran teori dan praktikal peserta dalam pelaksanaan tugas-tugas warden lalu lintas termasuk kaedah pengurusan trafik, pengendalian situasi di lapangan serta pematuhan prosedur dan undang-undang berkaitan. Antara latihan dan program kursus yang dijalankan melibatkan simulasi kawalan trafik di lokasi sebenar, teknik memberi isyarat tangan dan arahan pergerakan trafik, prosedur keselamatan anggota semasa bertugas serta kemahiran pengendalian motosikal berkuasa tinggi dengan selamat. Tahniah 21 orang anggota penguatkuasa MBS yang telah selesai menjalani latihan asas warden lalu lintas selama 3 hari bersama DBKL Latihan kursus ini diselaraskan oleh 10 orang pegawai dari Bahagian Penguatkuasan Trafik, Jabatan Penguatkuasaan DBKL.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





















