Seremban, 29 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah hadir ke Masjid Al-Hidayah Mutiara Galla bagi Majlis Bacaan Yassin sempena Ulang Tahun ke 6 Majlis Bandaraya Seremban. Selain dapat mengimarahkan masjid-masjid di sekitar kawasan pentadbiran majlis, ianya juga dapat menjaga hubungan baik di antara MBS dan qariah-qariah yang terlibat dalam membincangkan berkenaan hal-hal yang berkaitan di kawasan qariah.   YBhg. Datuk Bandar juga turut berbesar hati untuk merasmikan Bilik Pengurusan Jenazah Masjid dan juga  menyumbangkan satu unit Waterjet kepada pihak Masjid untuk digunakan dalam misi bantuan awal sekiranya berlaku bencana dan banjir dalam kawasan setempat. Turut hadir, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Pengarah-pengarah Jabatan MBS, Ketua-ketua Unit MBS dan warga kerja Majlis Bandaraya Seremban.