Bagi membantu perumahan strata kos rendah di negeri ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu inisiatif baru dalam Belanjawan 2022 iaitu pemberian geran kepada Joint Management Body (JMB) / Management Corporation (MC).

Inisiatif ini memberikan geran berjumlah RM5,000.00 kepada 282 skim strata kos rendah di seluruh negeri dengan jumlah perbelanjaan RM 1.41 juta.

Daripada jumlah tersebut, 113 skim berada dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Saya berpeluang menyampaikan geran tersebut dalam satu majlis di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pada petang ini.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri turut aktif menyelenggara perumahan strata.

Pada tahun 2021, MBS telah menerima peruntukan berjumlah RM578,500.00 daripada Bahagian Perumahan untuk penggantian bumbung dan kerja-kerja berkaitan di Rumah Pangsa Bukit Nibong serta kerja-kerja mengecat, menurap jalan dan menukar bumbung di Rumah Pangsa Raman Zaiton Indah

Manakala bagi tahun 2022, MBS telah menerima peruntukan berjumlah RM350,000.00 bagi kerja-kerja mengecat, menurap jalan dan menukar pagar di Rumah Pangsa Taman Bukit Nibong serta kerja-kerja menggantikan keseluruhan pagar yang telah rosak di Pangsapuri Kos Sederhana Rendah Cempakapuri.

Besarlah harapan saya agar geran serta pembaikan yang dilaksanakan ini dapat memberikan keselesaan serta dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat, Insya-Allah

 

MAJLIS PEMBERIAN GERAN JMB/MC TAHUN 2022
 
MAJLIS PEMBERIAN GERAN JMB/MC TAHUN 2022
 
MAJLIS PEMBERIAN GERAN JMB/MC TAHUN 2022