Pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban hari ini telah menerima sumbangan pelitup hidung & mulut (Face Mask) daripada syarikat permaidani Carpet Prima Sdn Bhd (Carpet Prima). Sumbangan telah disampaikan oleh pemilik Carpet Prima, T Deepak kepada YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Hadir sama ialah En Mohd Lotffee bin Abdullah Pengarah Pembersihan & Kesihatan Persekitaran MBS.
 

MAJLIS PENYERAHAN PELITUP HIDUNG & MULUT (FACE MASK) OLEH SYARIKAT PERMAIDANI CARPET PRIMA SDN. BHD.