Telah berlangsung satu Pelancaran Tourism Pasport Visit Negeri Sembilan by MYBHA di Dalam Event Space,Seremban. Program ini disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj Aminuddin Harun,Menteri Besar N.Sembilan.Program ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato' Zazali bin Salehudin,Datuk Bandar Bandaraya Seremban ,Pengurus Besar Lembaga Pelancongan N.Sembilan, En Muahmmad Zahir bin Mazlan, Pengerusi MyBHA NS, Mr Surej serta beberapa Pengarah Jabatan di peringkat negeri dan daerah. Tourism pasport yang dilancarkan ini bertujuan mempromosikan Negeri Sembilan dengan menginap di hotel bajet yang terdapat di Seremban dan daerah-daerah di Negeri Sembilan ,disamping melawat produk-produk pelancongan di sekitarnya. Dalam pada itu,YAB Menteri Besar NS turut menekankan aspek kebersihan yang merupakan tunjang kepada kejayaan di sektor Pelancongan di negeri ini.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





