1. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas.

  2. Tinggal dan bermastautin di Negeri Sembilan dan berminat untuk menjalankan perniagaan.

  3. Peniaga atau pembantu BUKAN WARGANEGARA adalah tidak dibenarkan.

  4. Menjalankan perniagaan mengikut lokasi dan saiz petak yang ditetapkan oleh pihak MBS. Klik untuk lihat lokasi >>> Lampiran A.

  5. Setiap pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dengan 1 petak sahaja.

  6. Bagi sesiapa yang berminat, boleh mengisi Borang Program Penyusunan Penjaja Kecil yang boleh didapati secara percuma di kaunter Jabatan Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran, MBS. Klik untuk lihat cara-cara memohon >>>  Lampiran B.

  7. Pengisian diutamakan kepada pendaftaran yang terawal mengikut kekosongan petak yang disediakan.