LOGO MBS

Selaras dengan peruntukkan Seksyen 137 Akta 171 memperuntukkan setiap PBT perlu menyediakan Senarai Nilaian Baru setiap 5 tahun sekali atau melanjutkan Senarai Nilaian sedia ada sehingga Senarai Nilaian Baru disediakan.


Mulai Januari 2023 hingga Mac 2024 Majlis Bandaraya Seremban sedang melaksanakan kerja-kerja ukur periksa harta untuk penyediaan senarai nilaian baru dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).


Sehubungan itu, pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melantik 7 syarikat perunding bagi 9 pakej/kawasan yang telah ditetapkan untuk melaksanakan kerja-kerja penilaian semula. Kerja-kerja penilaian semula ini melibatkan kerja-kerja ukur periksa dalam kawasan MBS untuk menilai harta-harta tersebut.


Petugas dan kakitangan yang hadir ke premis-premis bagi tujuan ukur periksa akan membawa pengenalan tanda nama dan juga kad kuasa kebenaran untuk masuk ke premis serta juga surat perlantikan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban.


Pemilik-pemilik harta yang mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Bandaraya Seremban ditalian seperti berikut.

Tel: 06-765 4758 (Ibu Pejabat Seremban)
Tel: 06-798 9008 (Cawangan Nilai)