Majlis Bandaraya Seremban akan melaksanakan pembayaran TANPA tunai di semua kaunter bayaran MBS berkuatkuasa pada :-
1 JANUARI 2026
Pelaksanaan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya ini akan melibatkan SEMUA jenis dan kaedah pembayaran seperti berikut :-
Cukai Taksiran
Lesen Perniagaan
Kompaun
Sewaan
Sewaan Fasiliti Awam
Bil Pelbagai MBS (termasuk deposit)
Kaedah bayaran yang diterima :-
Kad Debit
Kad Kredit
i-MerchantRAKYAT (DuitNow QR)
eWallet
Boleh juga imbas Kod QR seperti paparan untuk bayaran dalam talian
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Kewangan MBS ditalian : 06-7654344
