Jabatan/Unit
Perbadanan Pengurusan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara yang berikut-
- Mengurus dan menyenggara dengan sempurna harta bersama;
- Menubuhkan dan menyenggara Akaun Penyenggaraan dan juga Kumpulan Wang Penjelas bagi tujuan menampung apa-apa perbelanjaan pentadbiran serta bertanggungjawab menuntut tunggakan bagi kedua-dua akaun
- Menginsuranskan bangunan dari aspek struktur bangunan dan harta bersama terhadap kebakaran dan apa-apa risiko lain;
- Mematuhi apa-apa notis atau arahan pihak berkuasa berhubung dengan harta bersama; serta
- Menyedia dan menyenggara suatu daftar strata (strata roll) yang mengandungi butiran mengenai lot, hak milik, bangunan, pemilik asal, MC, petak, pemilik petak dan urus niaga.
- Menguatkuasakan undang-undang kecil bagi tujuan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dengan sempurna.
- Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sekali pada setiap tahun dan Mesyuarat Agung Luar Biasa jika diperlukan.