Pengenalan
Permohonan permit dinding sesekat (partition) ini boleh dikemukakan sendiri oleh pemilik / penyewa kepada Majlis Bandaraya Seremban tanpa perlu mendapatkan khidmat perunding. Oleh itu, pemilik / penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap struktur dinding sesekat yang dibina terutama dari segi penggunaan bahan, kedudukan, kestabilan dan kekukuhan struktur-struktur yang dibina.
Adalah diingatkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Seremban tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala tuntutan, dakwaan atau tindakan yang diakibatkan dari pembinaan dinding sesekat berkenaan.
Permohonan yang melebihi daripada 5 ruang / bilik perlu mengemukakan Permohonan Pelan Bangunan melalui Arkitek Profesional / Pelukis Pelan Bangunan berdaftar.
Muat Turun
Borang Permohonan Permit Dinding Sesekat
Kaedah Bayaran
Segala bayaran boleh dibuat di dalam bentuk :
Banker’s Cheque / Cashier’s Order / Wang Kiriman Pos / Wang Pos / Resit Pembayaran Secara Online
( *Cek Individu / Syarikat dan Tunai tidak dibenarkan)
Atas nama : MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN
Hubungi
Pejabat Utama MBS :
Kaunter Jabatan Kawalan Bangunan,
Majlis Bandaraya Seremban
Wisma MBS,
Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban – Tampin,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon : 06-765 4333 atau 06-765 4938
Faks : 06-765 4939
Pejabat Cawangan Nilai :
Kaunter Jabatan Kawalan Bangunan,
Majlis Bandaraya Seremban
No. 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan,
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Telefon : 06-798 9000 atau 06-789 9007
Faks : 06-799 8409