Bagaimanakah cara untuk menempah dewan-dewan MBS?
Pemohon boleh menyemak dahulu kekosongan dewan merujuk kepada kalendar tempahan dewan di Portal MBS (Rakyat/Perkhidmatan/Kemudahan Awam & Tempahan). Sekiranya ingin meneruskan tempahan, sila hadir ke kaunter 5, Wisma MBS untuk berurusan dengan pegawai yang bertanggungjawab.
Berapakah jumlah keseluruhan dewan-dewan milik MBS dan berapa jumlah daripadanya yang menawarkan perkhidmatan penghawa dingin?
MBS mempunyai 25 buah dewan dan hanya 4 daripadanya yang menawarkan perkhidmatan penghawa dingin iaitu :
- Dewan Majlis Bandaraya Seremban
- Dewan Perbandaran Nilai
- Dewan Komuniti Taman Coral Heights
- Dewan Orang Ramai Taman Tuanku Jaafar
Sekiranya pemohon ingin mengadakan majlis sosial di rumah dan memerlukan kebenaran penutupan jalan(sementara) daripada MBS, apakah yang perlu dibuat?
Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan dan mengisi borang kebenaran penutupan jalan di Jabatan Khidmat Pengurusan MBS. Pemohon juga boleh mendapatkan borang tersebut di Portal MBS sahaja.
Berapakah kadar caj sewaan dewan yang dikenakan?
Pemohon boleh rujuk Portal MBS bagi mengetahui kadar caj sewaan terkini. Untuk makluman, kadar sewaan dewan-dewan di Zon Seremban dan Zon Nilai adalah berbeza. Dewan-dewan Zon Seremban hanya menawarkan harga sewaan mengikut setiap penggunaan (lump sum) manakala dewan-dewan Zon Nilai pula menawarkan harga sewaan mengikut jam.
Pagination
- Previous page
- Page 3
- Next page