Kunjungan Hormat Majlis Perbandaran Batu Pahat ke Majlis Bandaraya Seremban
Seremban, 6 November 2025 - Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai penubuhan dan pengurusan tabung amanah sumbangan perkuburan yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban untuk dijadikan sebagai penanda aras oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat dalam menubuhkan tabung amanah perkuburan di MPBP. Sesi kunjungan dari MPBP diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Nasid bin Jasiman, Yang Dipertua MPBP, turut sertai Tn. Abd Razak bin Ithnain, Setiausaha MPBP dan wakil jabatan MPBP seramai 11 orang. Sesi pembentangan telah dibentangkan oleh TPr. Hj. Nazri bin A.Ghan, Pengarah Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Seremban. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat dan memperkukuhkan lagi ukhwah persahabatan kepada kedua-dua belah pihak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |














