Dimanakah lokasi penyewa untuk menggantungkan @ mempamerkan lesen perniagaan di gerai/pasar/MyKiosk?
Penyewa boleh menggantungkan @ mempamerkan lesen perniagaan di tempat yang mudah dilihat/diturunkan semasa penguatkuasaan dijalankan serta lesen tidak berlamina (laminated).
Berapa lama tempoh bagi mendapatkan permit sementara tapak penjaja setempat?
Tempoh yang diambil bagi mendapatkan permit sementara tapak penjaja setempat sekurang-kurangnya 30 hari berkerja.
Boleh ke sekiranya penjaja ingin meletakkan kerusi/meja untuk pelanggan di tapak penjaja setempat yang diwartakan oleh pihak Majlis?
Tidak dibenarkan bagi penjaja yang ingin meletakkan kerusi/meja di lokasi kecuali lokasi yang telah ditetapkan perkara tersebut.
Mengapakah tempoh permit sementara penjaja adalah 6 bulan sekali?
Bagi memastikan penjaja menjalankan perniagaan di lokasi dan pemantauan boleh dilaksanakan oleh pihak Majlis.
Jika calon temuduga berjaya semasa sesi temuduga gerai, berapakah tempoh yang perlu ditunggu untuk mendapatkan keputusan?
Keputusan akan diperolehi sekurang-kurangnya 30 hari bekerja daripada tarikh temuduga.
Jika terdapat pelanggaran syarat sewa iaitu penyewa tidak menghadirkan diri ke premis. Apakah tindakan yang akan dilaksanakan?
Notis kesalahan tidak mematuhi syarat-syarat sewaan akan dikeluarkan. Jika masih ingkar, tindakan kompaun akan dilaksanakan.
Jika penyewa tidak menjalankan perniagaan, berapa lama tempoh pengosongan gerai akan dilaksanakan?
Pihak Majlis akan mengeluarkan notis tunjuk sebab tidak menjalankan perniagaan selama 14 hari. Jika tiada maklumbalas yang munasabah, pihak Majlis akan mengeluarkan notis penarikan lesen & pengosongan gerai dalam tempoh 14 hari. Akhir sekali, pihak Majlis boleh menjalankan tindakan sitaan & pembersihan terhadap gerai tersebut.
Berapa lama tempoh temuduga gerai akan dijalankan selepas borang permohonan dihantar?
Temuduga akan dilaksanakan 3 kali setahun.
Mengapa pasar Majlis tidak boleh menggajikan pekerja bukan warganegara Malaysia?
Perkara ini telah tertakluk kepada surat tawaran dan perjanjian sewaan yang telah diterima dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Jika terdapat pelanggaran pada perkara ini, tindakan notis, kompaun, penarikan gerai serta sitaan akan dilaksanakan.
Pagination
- Page 1
- Next page