
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mempelawa orang ramai untuk menyertai Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026 sebagai usaha berterusan mengawal populasi anjing terbiar di kawasan pentadbiran MBS.
Program ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti melalui pengurusan haiwan terbiar yang lebih sistematik dan berkesan.
- Kadar Insentif yang Ditawarkan
- RM50.00 seekor bagi Anjing Dewasa
- RM25.00 seekor bagi Anak Anjing (bawah 6 bulan)
Syarat Utama Permohonan
- Warganegara Malaysia yang tinggal & merupakan penduduk dalam kawasan MBS
- Anjing diserahkan dalam keadaan hidup
- Tiada kecederaan serius atau penderaan
- Anjing tidak berlesen atau tiada bukti pemilikan
- Tertakluk kepada syarat dan peruntukan semasa Majlis
Kaedah Penyerahan
- Penyerahan terus kepada pihak MBS mengikut tarikh dan lokasi yang ditetapkan
- Tarikh Tutup Program: 30 November 2026
- Sila imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
- Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban
06-7654246 / 06-7654298 - Bersama kita mewujudkan persekitaran bandar yang lebih bersih, selamat dan sejahtera.
#MajlisBandarayaSeremban
#MBS
#JabatanKesihatanPersekitaran
#ProgramInsentifAnjingTerbiar #BandarBersih
#MampanBersihSejahtera