Seremban, 7 Januari 2025 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan Program Sumbangan Peralatan Back to School kepada anak-anak pegawai Majlis Bandaraya Seremban yang diadakan di Mydin Senawang. Seramai 189 orang penerima telah terpilih untuk menerima sumbangan dalam program ini. Penganjuran program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pegawai Majlis Bandaraya Seremban dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak menjelang sesi persekolahan baharu. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan serta Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban, sekali gus menunjukkan sokongan pihak pengurusan tertinggi terhadap kebajikan warga kerja majlis.