PEMBAYARAN TANPA TUNAI DI SEMUA KAUNTER BAYARAN MBS

Majlis Bandaraya Seremban akan melaksanakan pembayaran TANPA tunai di semua kaunter bayaran MBS berkuatkuasa pada :-
📌1 JANUARI 2026

Pelaksanaan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya ini akan melibatkan SEMUA jenis dan kaedah pembayaran seperti berikut :-
➡️Cukai Taksiran
➡️Lesen Perniagaan
➡️Kompaun
➡️Sewaan
➡️Sewaan Fasiliti Awam
➡️Bil Pelbagai MBS (termasuk deposit)

Kaedah bayaran yang diterima :-
✅Kad Debit
✅Kad Kredit
✅i-MerchantRAKYAT (DuitNow QR)

TATACARA PEMBAYARAN DALAM TALIAN PERKHIDMATAN MBS MELALUI KOD QR

Untuk makluman warga bandar raya Seremban, kemudahan pembayaran secara dalam talian kini disediakan dan digunakan untuk pelbagai perkhidmatan MBS bagi memudahkan pengguna membuat urusan pembayaran dengan lebih cepat, mudah dan selamat.
Berikut dilampirkan tatacara pembayaran dalam talian perkhidmatan MBS melalui kod QR sebagai rujukan dan panduan kepada pengguna.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi MBS ditalian 06-7654333.

PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN DAN PENGAUDITAN TANDAS AWAM

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) ingin memaklumkan bahawa pemeriksaan premis makanan dan pengauditan tandas awam dijalankan menggunakan Borang JKT bagi memastikan premis sentiasa bersih, selamat, dan mematuhi standard kebersihan dan kesihatan yang ditetapkan.
⚠️ Pemilik premis makanan dan pengurus tandas awam perlu mematuhi kriteria ini bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.

🍴 Premis Makanan

PERMOHONAN BERNIAGA DI MYKIOSK SEREMBAN DAN NILAI

MYKIOSK Majlis Bandaraya Seremban

Warga bandar raya Seremban adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan MyKiosk MBS, boleh imbas kod QR seperti dipaparan untuk mendapatkan borang permohonan dan menyemak kekosongan MyKiosk dalam kawasan Pentadbiran MBS.
Bagi MyKiosk yang telah ditawarkan, akan diberi tempoh selama 7 hari bagi menjalankan perniagaan.
Pemantauan akan dilaksanakan secara berkala dalam tempoh menjalankan perniagaan.

NOTIS PENUTUPAN JALAN PERSIMPANGAN JALAN PERSIARAN DILLENIA, NILAI IMPIAN

NOTIS PENUTUPAN JALAN

Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Seremban akan menutup 1 lorong jalan masuk di :-
📍Persimpangan Jalan Persiaran Dillenia, Nilai Impian ke Sek. Keb. Nilai Impian kepada semua jenis kenderaan mulai 27 November 2025. 
Penutupan ini adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan para pelajar sekolah dari sebarang kemalangan jalan raya.