Seremban, 11 Ogos 2026 – Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan MBS telah menyempurnakan acara perasmian Seminar Pengurusan Strata (Siri 1) Tahun 2026: Prosedur Mesyuarat Agung dan Asas Penyediaan Belanjawan Tahunan serta Tatacara Penetapan Caj Penyenggaraan kepada Badan Pengurusan Strata di Bilik Waris Klana Di Hulu, Wisma MBS mewakil YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Seminar anjuran Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Majlis Bandaraya Seremban ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta dari skim strata di bawah pentadbiran MBS. Topik seminar pada kali ini telah disampaikan oleh panel penceramah berpengalaman iaitu PMgr. Sr Che Adzhan bin Che Adnan, Pengurus Harta Berdaftar dan Encik Asokan Gopi, Akauntan dan Penasihat Kewangan dari TransAsia Property Management Sdn Bhd. Penganjuran seminar ini merupakan usaha berterusan dan komitmen pihak MBS melalui Unit COB bagi memberi penerangan berkaitan tatacara pengendalian mesyuarat agung selaras dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), keperluan perancangan kewangan tahunan yang teliti serta penentuan kadar caj penyenggaraan yang bersesuaian bagi memastikan pengurusan dan penyenggaraan skim strata dilaksanakan dengan berkesan. Tuan Setiausaha MBS berharap agar ilmu dan pengetahuan yang diperoleh melalui seminar ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat bagi memperkukuhkan tadbir urus pengurusan strata serta membantu menangani isu-isu berkaitan pengurusan dan penyenggaraan skim berstrata. Majlis Bandaraya Seremban mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua peserta seminar yang hadir menjayakan Seminar Pengurusan Strata (Siri 1) Tahun 2026.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |













