KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KEMAS NEGERI SEMBILAN
Seremban, 29 Julai 2025 - YB Dato' Masri Bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS telah menerima kunjungan hormat daripada KEMAS Negeri Sembilan di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Kunjungan hormat yang diketuai oleh Puan Yuhany binti Kamarolzaman, Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti KEMAS, Ibu Pejabat bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak MBS bagi program peringkat Kebangsaan. Turut hadir Puan Nore'in binti Mohd Shukor, Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Encik Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS dan pegawai-pegawai KEMAS Negeri Sembilan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |








