Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 
KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI SEMBILAN

KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI SEMBILAN DAN YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA (YARM) NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 9 Dis - Majlis Bandaraya Seremban telah menerima satu Kunjungan Hormat pada pagi ini daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Tuan Mohamad Zakkuan bin Talib Pengarah SPRM Negeri Sembilan dan Tuan Mokhtar bin Sani Pengerusi Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) Negeri Sembilan ke atas YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban bertempat di Bilik Dato’ Klana Petra, Wisma MBS.

Kunjungan hormat ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Datuk Bandar MBS dan Pengarah SPRM Negeri Sembilan serta disusuli dengan perutusan khas oleh Ketua Pengarah SPRM Malaysia melalui sidang video khas. Datuk Bandar kemudiannya telah menandatangani plaque janji warga PBT memerangi gejala rasuah sebelum menyampaikan cenderahati kepada tetamu kunjungan hormat.

Kunjungan hormat ini juga adalah bersempena dengan Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 yang disambut pada 9 Disember setiap tahun.

Hadir sama ialah Puan Marhizah binti Abdul Razak Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, barisan Ketua Jabatan, Ketua Unit dan pegawai MBS serta pegawai dan kakitangan dari SPRM dan YARM Negeri Sembilan.

Warga MBS merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan delegasi SPRM dan YARM Negeri Sembilan yang telah sudi hadir dan menjadikan MBS sebagai lokasi kunjungan hormat pada kali ini.