Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus 1441H/2020M telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Seremban, Negeri Sembilan. DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat ke Perasmian Penutup Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan Turut berangkat pada majlis ini ialah YTM Undang Yang Empat dan YM Tok Puan - Tok Puan serta YTM Tunku Besar Tampin dan YM Tunku Isteri, YAM Dato’ Shahbandar Sungei Ujong dan YM Cik Puan, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan isteri, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan isteri serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan |