Majlis penyampaian hadiah sempena Kuiz Pesona Seremban telah di adakan di lobi Wisma Bandaraya Seremban. Turut hadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz iaitu Y.Bhg. Dato' Haji Zazali bin Salehudin selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Ketua Unit Pelancongan En. Shamaruddin bin Saidin , Team Pesona Seremban En. Ariffin bin Sharim dan En. Mohd Rabek bin Mohamad Sharif .

Untuk makluman anda diluar sana Kuiz Pesona Seremban telah bermula pada 26 November 2020 dan berakhir pada 10 Disember 2020 yang lalu, sebanyak 10 soalan telah di kemukakan ke dalam Facebook Pesona Seremban.

Seramai 10 pemenang telah di pilih untuk menjadi pemenang kuiz dengan mengikut syarat yang telah di tetapkan oleh pihak admin Pesona Seremban iaitu penjawab soalan mestilah menjawab soalan dengan pantas dan tepat akan di pilih sebagai pemenang. Tujuan kuiz ini anjurkan ialah untuk memperkenalkan produk pelancongan yang ada di dalam daerah Seremban. Pada masa hadapan pihak Pesona Seremban bercadang akan mengadakan lagi kuiz seperti ini dengan hadiah yang lebih menarik kepada followers FB Pesona Seremban .

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang

Puan Hasmah binti Masroh, En. Muhammad Ali bin Riduan, En Mohd Idris bin Darnisal, Puan Sarimah binti Idris, Puan Nor Mazuin binti Abd Rahman, Puan Faezah binti Abdul Jalil, En. Mohd Saufi bin Badrunnahar, En.Mohd Fazli bin August, En.Salleh bin Rusli dan Puan Latifah binti Muhamad.
 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KUIZ PESONA SEREMBAN 2020
 
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KUIZ PESONA SEREMBAN 2020