Seremban, 25 Disember 2025 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh (MMP) Bil.12/2025 di Bilik Dato’ Klana Petra, Wisma MBS. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban. Turut hadir ialah YB ADUN Kawasan dan rakan-rakan media juga turut hadir sebagai pemerhati di dalam mesyuarat ini.