Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Pemberian Sumbangan Bencana Anjuran Majlis Bandaraya Seremban
Seremban, 2 Disember 2025 - YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan Perasmian Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Pemberian Sumbangan Bencana Anjuran Majlis Bandaraya Seremban. Majlis ini bertujuan menyantuni JPKK , KRT dan mangsa ribut untuk menerima sumbangan daripada pihak Majlis Bandaraya Seremban sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat. Pihak Majlis telah menyerahkan sebanyak 5 buah chainsaw kepada :
1)JPKK Kg. Bemban
2)JPKK Kg. Kuala Sawah
3)JPKK Kg. Rantau
4)JPKK Kg. Kanchung
5)KRT Taman Angsamas
Sumbangan ini diberikan bagi menghadapi sebarang bentuk bencana yang berlaku dalam kawasan setempat dan pihak Majlis juga turut memberi sumbangan berbentuk selimut tebal kepada 45 mangsa ribut yang terkesan di kawasan Rantau. Turut hadir sama Encik Hamdan bin Mohd Noor, Ahli Majlis MBS, Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Ketua - Ketua Jabatan dan Ketua – Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















