Acara larian denai Trail Des Lenggeng 2025 yang dianjurkan oleh Projek Hijo dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban, Pejabat Tanah & Daerah Seremban, DusunNas Farmstay & Campsite serta Persatuan Pekebun Durian Ulu Beranang telah berlangsung dengan meriah pada 29 - 30 November 2025 di DusunNas Farmstay & Campsite Ulu Beranang. Acara ini menampilkan pelbagai kategori menarik bermula dengan marathon 50KM yang menguji ketahanan fizikal, diikuti larian kompetitif sejauh 30KM dan 15KM, seterusnya larian santai 5KM yang meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat. Turut mencuri perhatian ialah larian VIP 3KM yang disertai tetamu kehormat sebagai simbol sokongan gaya hidup sihat. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Azura binti Abu Hassan, Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan, Majlis Bandaraya Seremban mewakili YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Majlis juga turut dihadiri oleh Encik Shaiful Nizam bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah Seremban. Acara larian denai pada tahun ini sekali lagi mencatat peningkatan memberangsangkan — daripada 493 peserta pada 2024 kepada 680 peserta pada 2025. Untuk tahun 2026, sasaran penyertaan ditetapkan mencecah 1,000 peserta, sekali gus mengukuhkan acara ini sebagai antara larian pilihan komuniti. Para peserta bukan sahaja terdiri daripada warganegara Malaysia, malah turut melibatkan peserta - peserta dari negara berikut :-
AUSTRALIA - 1
BRUNEI - 2
CHINA - 2
PERANCIS - 6
GREAT BRITAIN - 3
INDONESIA - 1
IRELAND - 2
JEPUN - 4
FILIPINA - 14
SINGAPURA - 5
SWITZERLAND - 1
THAILAND- 1
Ini sekali gus membuktikan bahawa acara ini mendapat sambutan serta pengiktirafan daripada pelbagai negara.
Berikut ialah senarai nama pemenang mengikut kategori larian :
Kategori 50KM
Terbuka Lelaki(18 tahun-39 tahun)
1. Aiman Azmi (Malaysia)
2. Jie Jun Chua (Malaysia)
3. Azri Hazmi (Malaysia)
Veteran Lelaki(40 tahun & ke atas)
1. Mohd Faizal Razi (Malaysia)
2. Shaiful Farith Ahmad (Malaysia)
3. Mohd Syazli Shabaini (Malaysia)
Terbuka Wanita(18 tahun-39 tahun)
1. Mukminah Paiman (Malaysia)
2. Azzatie Intan Suraya Zamani (Malaysia)
3. Najah Adibah Ridzuan (Malaysia)
Veteran Wanita (40 tahun & ke atas)
1. Aliah Ismail (Malaysia)
2. Noorazliza Ab. Aziz (Malaysia)
3. Huey Min Yeo (Malaysia)
Kategori 30KM
Terbuka Lelaki (18 tahun-39 tahun)
1. Muhammad Faris Azhari (Malaysia)
2. Ahmad Asyraaf Abas (Malaysia)
3. Mohd Hatta Wahab (Malaysia)
Veteran Lelaki (40 tahun & ke atas)
1. Mohd Zulfadhli Azeem Mohamed (Malaysia)
2. Seiji Morofuji (Jepun)
3. Mohamad Effandy Mat Saat (Malaysia)
Terbuka Wanita (18 tahun-39 tahun)
1. Ritzy Amor Ectin (Filipina)
2. Louise Zapata (Perancis)
3. Nur Ainnun Nasuha binti Mohamed Azmi (Malaysia)
Veteran Wanita (40 tahun & ke atas)
1. Norlela Ismail (Malaysia)
2. Francis Lyn Evaso (Filipina)
3. Maizatul Ain Ahmad (Malaysia)
Kategori 15KM
Terbuka Lelaki(18 tahun-39 tahun)
1. Jonah Jones (Great Britain)
2. Khairul Izzat Kamaruzaman (Malaysia)
3. Amir Zaki Bin Amran (Malaysia)
Veteran Lelaki (40 tahun & ke atas)
1. Mohd Shukran Md Farid (Malaysia)
2. Roniy Nurdin (Malaysia)
3. Muhamad Nazrol Jamaludin (Malaysia)
Terbuka Wanita (18 tahun-39 tahun)
1. Maslina Mohamad Mustafa (Malaysia)
2. Siti Nordyana Teruna (Malaysia)
3. Nurul Ezlyanie Rahini (Malaysia)
Wanita Veteran (40 tahun & ke atas)
1. Soraya Soy Mokhtar (Malaysia)
2. Najiah Ismail (Malaysia)
3. Nanie Mokhtar (Malaysia)
Tahniah kepada semua pemenang, terima kasih dan jumpa lagi pada edisi yang akan datang……..
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















