Nilai, 25 Februari 2026 – Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusuf, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah hadir menyempurnakan sesi agihan bubur lambuk kepada para pengunjung di Bazar Putra Nilai. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara MBS dan masyarakat setempat, malah turut menjadi platform mempromosikan Kempen Bebas Plastik melalui pengagihan makanan dalam bekas biodegradasi serta pemberian beg jute kepada para peniaga. Alhamdulillah, program berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Turut hadir ketua-ketua Jabatan dan Unit serta kakitangan MBS yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.