11 Februari 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Bengkel Pembangunan Pelan Pelaksanaan (Fasa Formulasi), Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) MBS 2026–2030 yang berlangsung di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru. Turut hadir ialah Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, bersama barisan Ketua Jabatan dan Ketua Unit serta pasukan projek PSP. Bengkel yang berlangsung dari 8 hingga 11 Februari 2026 ini telah dihadiri seramai 61 orang peserta bertujuan untuk membangunkan pelan tindakan, memperincikan anggaran kos program, menentukan keutamaan pelaksanaan serta merangka pelan pelaksanaan PSP bagi tempoh lima tahun. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Pasukan Khidmat Nasihat daripada Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan iaitu Puan Ruziah binti Mohd Ali dan Puan Nurrulliza binti Hassan, atas kesudian berkongsi kepakaran dan pengalaman sepanjang sesi bengkel ini.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |









