Kuantan, 10 Februari - Ybhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menghadiri Program Pemantapan Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya Malaysia (PPJA) tahun 2026 di Kuantan semalam. Program ini berlangsung dari 8 sehingga 10 Februari 2026, bertemakan “Kompetensi Memacu Keunggulan Infrastruktur Negara” dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Program PPJA JKR Malaysia 2026 ini menghimpunkan barisan Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) dari seluruh negeri termasuklah dari Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri, JKR Wilayah, JKR Daerah serta Kader Kementerian. Program ini bertujuan bagi perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran dalam kalangan Jurutera Awam, di samping menjadi medan perbincangan isu serta hala tuju pembangunan Disiplin Awam di JKR Malaysia.  Program ini turut menjadi medan interaksi profesional untuk membincangkan isu pelaksanaan, penambahbaikan serta perancangan strategik pembangunan.