Seremban, 13 Februari - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat  daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Sembilan baru - baru ini. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Ts. Md Tahir Musa, Pengarah SKMM Negeri Sembilan adalah tujuan berbincang berkaitan pembangunan telekomunikasi dan jalur lebar di daerah Seremban. MBS dan SKMM juga komited di dalam usaha memperkasakan pembangunan jalur lebar agar semua kawasan mempunyai liputan yang menyeluruh. Hadir sama En. Shamaruddin bin Saidin, Ketua Komunikasi Korporat MBS dan barisan pegawai daripada SKMM.